Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Thursday, 27 November 2025

PENGALAMAN SAMBUNG BELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA




Bismillahirahmanirrahim

Allahummasollia'la, Saiyidina Muhammad

Subhanallah

Alhamdulillah

Allahuakbar


Langkah terus melangkah

Posting ini ingin aku nukilkan tentang perjalanan impian aku tentang alam pengajian

Aku tertanya sendiri, kenapa aku suka melawan, kenapa aku suka mencabar, kenapa aku suka melangkah terus dalam diam dan dalam sendiri

Aku tak faham, aku seolah tak mahu berhenti melangkah

Aku seolah tak reti duduk dan tunggu 

Ada ada sahaja keinginan, kemahuan, impian dan cita cita ingin aku gapai selepas satu, satu dan satu

Sukar aku ceritakan kepada sesiapa, hanya blog ini aku mampu luah, mampu aku mencurah rasa  gelora yang membara di jiwa yang menyala menyala untuk aku terus menggerakkan langkah ku


Bermula...

Alam Tabika Kemas

Masih aku ingat, ingatan alam belajar di tabika kemas, aku, Apit, Uni dan lain lain rakan (aku tak ingat dah yang lain), kami berjalan kaki ke tadika dari rumah dalam 500 meter

Suasana makan makan dan suasana belajar di dalam Surau Taman Nuri itu masih tergambar suasananya di dalam ingatan aku. 

Mak Cik Ani, Mak Cik Ani adalah orang yang paling aku ingat sehingga kini. Mak Cik Ani adalah penyedia makanan kami pelajar-pelajar di situ. Sampai ke tua kalau berjumpa Mck Ani aku pasti akan beramah mesra dan pernah sekali suatu hari aku jumpa Mck Ani di tepi jalan di kawasan kediaman kami dan aku ajak Mck Ani bersarapan di warung tepi jalan di situ. Aku rasa seronok dapat ajak Mck Ani makan. Alhamdulillah....

Kemudian....




Alam Sekolah Rendah

SK Sultanah Asma, Jalan Langgar Alor Setar Kedah

Seronok bukan kepalang, aku di alam sekolah rendah, paling mengingatkan aku ialah Cikgu Rohmah, Cikgu Khabtiah, Cikgu Azira... aduhaii...cikgu cikgu yang paling garanggg weyhh. pergh seriyauu

Kalau nak masuk kelas saja, bergegar gegar lutut rasanya

Cikgu cikgu ni garang lain macam, aku terkenang dan teringat sampai hari ini...huhuh

Cikgu cikgu lain yang lembut lembut pun ramai tak tertulis rasanya, tapi yang terpaling garang ini lah terpaling aku ingat

Ada sekali aku kena tampar di bahu belakang aku, gara-gara aku berjalan di atas rumput larangan di sekolah. Tiba-tiba saja aku kena panggil tanpa aku tahu kenapa...dan tiba tiba panggg!! Aku kena tampar di bahu "KENAPA KAMU JALAN ATAS RUMPUT !"

Oh...... kantoi! Memang dah ada papan tanda jangan pijak rumput. Entahlah aku terlupa dan terleka agaknya

Satu lagi peraturan yang aku teringat sampai sekarang adalah buang sampah masing masing dalam beg sekolah sendiri. Jangan buang ke dalam tong sampah di sekolah. Agaknya sebab tu sampai sekarang penuh beg aku dengan sampah. Apa apa aku nak buang aku sumbat dulu ke dalam beg, kemudian barulah aku cari bakul sampah! haha


Alam Sekolah Menengah


Sekolah Menengah aku hanya berjarak tak sampai 1km, setiap hari aku berulang ke sekolah dengan jalan kaki. Kalau ada aktiviti kokurikulum waktu petang, aku pasti hadir 

Aku ni kategori budak giat sekolah.. haha

Semua aktiviti kalau boleh aku nak join, mujurlah tak boleh join semua. So aku aktif sebagai Pengawas Perpustakaan, Kadet Remaja Sekolah, Bola Baling, Rumah Sukan Dahlia dan Taekwondo

Seronok bukan kepalang aku aktif berkawad dan sertai kenaikan pangkat sarjan..seterusnya mewakili sekolah dan negeri ke Perkhemahan Perdana KRS di Ulu Yam dan tambah seronoknya pasukan kami menjuarai JOHAN keseluruhan perkhemahan perdana itu! FUHHH.. lain macam aura juara itu

Sungguh aku tak terlupakan

Setiap hari di hadapan pintu sekolah, aku akan setia menemani rakan baik aku Rifhan, abah Rifhan akan ambil dari pejabat, jadi agak ambil masa, aku lah peneman setia.. Selagi Rifhan tak balik, aku pun tak balik.. Bila Rifhan dah balik barulah aku balik..hehe..comel sangat memori tu..sampai sekarang aku teringat kenangan kami, bergelak sakan berjimba ke pekan Alor Setar bersama sama... 

Keputusan UPSR, PMR dan SPM aku biasa biasa saja... bukan kategori cemerlang aku maintain satu A untuk Bahasa Melayu, lain-lainya B,C,D dan E pun ada.... huhuhu

Tapi sebab sekolah aku bukan kluster cemerlang, maka aku layaklah masuk ke kelas Aliran Sains Tulen

Seronok juga jadi budak kelas sains sebab sok pandai.. hahaha

Padahal biasa-biasa saja...aku kenang kenang balik, kalau dari awal aku pilih bidang sastera mungkin aku akan lebih cemerlang, sebab bila aku amik bidang sains seolah jauh dari diri aku yang sukakan sastera berbanding sains


Apapun....layan saja... kepada adik adik kalaulah ada pilihan, pilihlah yang sesuai kemampuan diri, supaya kita boleh buat yang terbaik sesuai kemampuan diri sendiri sahaja...tak perlu lakukan sesuatu yang tidak sepadan diri....


ALAM PENGAJIAN TINGGI (DIPLOMA)

Seronok hati bukan kepalang, apabila permohonan aku untuk sambung pengajian di KUSZA diterima 

Aku melapor diri dihantar oleh Mama dan Abah Fauzi, waktu tu Abah Fauzi baru beli kereta Perdana V6

Fuhhh..boleh bayangkan perjalanan yang selesa dan sampai ke destinasi yang sangat jauh dari Kedah ke Terengganu, melalui jalan pesisir pantai menggunakan kereta baru koyak plastik... MasyaAllah Tabarakallah..terima kasih Ya Allah pinjamkan aku rasa rasa itu.... Kekal di memori dan sanubariku

Sungguh aku kagum dengan keindahan Terengganu, paling aku tak boleh brain adalah lautan di tengah bandar!!

Hahaha... sungguh aku kagum keindahan laut di tengah tengah bandar.. tak sama dengan negeri aku, rata dengan jelapang padi

Kenangan bersama rakan rakan diploma aku cukup indah, lain suasanaya berkawan di alam sekolah rendah,menengah dan pengajian tinggi

Keakrabah rakan rakan diploma setahap kami saling berkunjungan ke rumah rumah rakan-rakan, berfamily day, berdinner dan berprogram, mengeratkan sesama kami

Semuanya masih kekal di ingatan setiap seorang dari rakan rakan ku DIPLOMA IN INSURANCE (2008), KUSZA/UDM/UNISZA 

Semoga kalian sentiasa sihat ceria dan gembira disamping insan insan tersayang...


ALAM PENGAJIAN TINGGI (IJAZAH SARJANA MUDA)

Setelah aku tamat diploma, aku sempat buka sebuah pejabat kecil menjual insuran kereta motor dan takaful keluarga

Sempatlah aku merasa duit berkepuk kepuk di poket kerana jualan insurans tersebut

Mencecah 2 tahun aku menjadi usahawan insurans, aku mendapat tawaran kerja kerajaan

Aku pun mulakan perkhidmatan aku di jabatan kerajaan yang pertama iaitu di Kementerian Pengangkutan Malaysia, aku mohon pindah, aku masuk ke Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan di sinilah kali pertama aku cuba menyambung pengajian ijazah sarjana muda..


Buat pertama kalinya... inilah kegagalan pertama, aku gagal tamatkan pengajian..sekadar separuh jalan sambung ke Ijazah Sarjana Muda.....



Aku cuba lagi...kali ini 2015 di semester 3...tak sempat masuk ke semester 4.. aku gagal lagi tamatkan pengajian...





Tak tamat di situ...next..sambung lagi.... kali ni, konon konon dengan PTPTN kot kot aku dapat lancarkan pengajian.. kerana yang sebelum ini aku gagal kerana faktor pengurusan masa dann kewangan sendiri tanpa PTPTN

Kali ini aku cuba dapatkan PTPTN dengan harapan dapat tamatkan pengajian...rupanya tetap tak habiskan..berhenti sekerat jalan




Sejak tahun 2018 ini saban tahun aku intai pula peluang di UITM ... 😆😆😆

Tapi asyik isi online sahaja, tak masuk masuk.....


Sampailah OKTOBER 2025.... 


yeeee haaaa!!


Kali ini aku masuk pula ke UITM dengan SKIM MUSAADAH.. iaitu skim tajaan untuk bumiputera B40

Alhamdulillah....syukurku atas peluang kali ini....

Bantulah aku Ya Allah...Hanya Engkau Maha Tahu segala isi hati setiap hambaMu

Semoga dipermudahkan segala urusanku ini dalam keinginan ku menimba ilmu dan pengalaman hidup

Semoga Engkau pimpin dan permudahkan segalanya

Amin...amin.. Ya Rab Al Amin....





Posting ini aku nukilkan, moga moga jadi azimat untuk aku terus kekal dan berjuang menghabiskan pengajian kali ini... dengan bidang MASSCOMM yang aku rasakan amat sesuai dengan jiwa dan sanubariku

Memang inilah sejatinya diri aku, aku suka berkongsi

Aku tidak kekok berkongsi, apatlah lagi sesuatu tentang kebaikan dan kebenaran

Aku amat amat selesa dan suka dengan segala perkongsian baik baik, pada aku apa sahaja kebaikan yang dibuat walaupun sekadar berkongsi nota dan pengalaman, ia akan mendatangkan kembali kebaikan pada diri aku sendiri


Begitulah juga jika melakukan hal hal yang bukan bukan dan tidak baik, natijahnya akan berbalik kepada diri sendiri juga

Semoga kita sama sama menjaga amal kebajikan dan kebaikan di dalam hidup kita


Jumpa lagi di posting lain


Topik apa pula  yaa?





PENGALAMAN SAMBUNG BELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA

Bismillahirahmanirrahim Allahummasollia'la, Saiyidina Muhammad Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Langkah terus melangkah Posting ini...