Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Sunday, 19 October 2025

Dunia Yang Tak Pernah Mengenyangkan

Syukurku pada Mu Ya Allah


Kau fahamkan kami tentang dunia ini sebelum kami memejamkan mata

Kau pinjamkan kami KESEDARAN akan rasa rasa yang penuh tipudaya ini sebelum kami di usia tua 

Kau pinjamkan kami kekuatan untuk bangkit dan berjalan dengan landasan agama


BAHAWA DUNIA INI TIDAK AKAN PERNAH MENGENYANGKAN KAMI


Ya..benar...

Meskipun kami sudah cukup sedar...


NAMUN...

Masih penuh cacat cela jalan yang kami lalui ini

Tapi Engkau Maha Tahu perit perih perjuangan kami ini

Untuk bangkit sujud 

Untuk tetap rukuk

Untuk tetap simpuh

Sungguh sukar dan penuh ranjau untuk kami tetap taat


Kuatkanlah kami Ya Rabbb


Semudah zikir pun sentiasa kami tewas


Asyik berkumandang gelak tawa dan suka ria


Bantulah kami sentiasa mengingatMu dalam suka dan tawa


Bantulah kami sentiasa mengagungkanMu dalam sempit dan selesa


Engkau sahaja Maha Memberi segala gala


Andai Kau rentap apa yang Kau punya


Hilanglah kami gelap gelita


Tiada lagi cahaya 

Tiada lagi penawar

Tiada lagi azimat

Tiada lagi rahmat


Semakin jelas jalan yang Engkau perlihatkan


Jangan lagi Kau tutup


Bukakanlah mata hati semua insan yang kami sayangi sehingga mata kami tertutup dan berpindah ke alam sana nanti


Amin...Amin...Amin... 


Ya Rab Al Amin.....


- PROJEK BIAYA SOUL QUOTES




Friday, 17 October 2025

Rezeki Sudah Terjamin

Sedih beberapa bulan baru baru ini, acapkali aku terbaca kisah kisah pilu tentang kesedihan orang orang tentang rezeki

Paling meruntun jiwa aku yang nak membawa kepada penulisan post ini adalah kerana satu berita tentang kematian ibu tunggal dan anak kecil berusia 2tahun sendirian di dalam rumah  di Penang

Bil api dan air sudah dipotong mereka tinggal di dalam rumah itu berdua

Dan sewaktu pihak berkuasa datang membuka pintu kerana ada aduan berbau busuk, ternyata dua beranak itu telah meninggal dunia

Allahuakbar, saudara si ibu berkata memang sudah agak lama tidak mendengar khabar mereka selepas berlaku perceraian

Allahuakbar

Hati aku pilu

Hati aku bergetar

Aku terbayang siapa mati dulu 😭

Si emak atau si anak ?

ataukah kedua dua mati serentak 😭

Allahuakbar 

Setakat itu sahaja yang aku baca, dah tiada follow up dan berita baru tentang siasatan kematian mereka

Aku pun dah tak buat carian

Aku doakan, ibu dan anak itu sekarang sudah tenang dan senang di alam sana

Ya aku faham, dunia ini perit

Lebih memeritkan bila terpaksa bersendirian mengharung hidup, hanya berteman anak kecil?

Di mana saudara mara, adik beradik, jiran tetangga dan sahabat handai?

Ya semua juga sedang sibuk

Sibuk dengan dunia masing masing

Sibuk dengan tekanan masing masing

Sibuk dengan impian dan kemahuan masing masing

Inilah dunia

Di sini bukan syurga

Di syurga ya, kita tak perlu lagi susah payah

Segala tersedia, tinggal berhajat sahaja...zaaazz semuanya tiba 

Apa yang ingin aku kongsikan pada posting ini adalah pesanan tentang rezeki yang sudah terjamin

Ya dulu pun aku jahil dan tak percaya

Aku dulu pun hanya faham rezeki itu hanya datang dengan jalan berusaha gigih

Dulu-dulu...... itulah kepercayaan aku

Kerana aku dibesarkan oleh mama dan abah aku yang gila kerja

Gila berusaha

Gila banting tenaga

Aku bersaksi mama abah aku sejak kecil berusaha macam macam


Abah bekerja kerajaan sebagai pemandu bas Perpustakaan Negeri Kedah sudah padat 8 pagi hingga 5petang

tapi abah sambung lagi kerja direct selling kadang kadang sampai tengah malam

Mama pula tak kurang sibuknya, menjahit baju siang malam tak henti kadang tak tidur dan paling lawak bila musim raya mama kurung diri dulu menjahit sendirian di dalam rumah kerana tak siap siap lagi tempahan raya, takut takut ada yang marah kerana tempahan belum siap 
😢😂

Sekali kali dengan aku ini anak sulung mama dikerah menjahit sejak usia 10 tahun, mana tak nya kena kerah, mama mendapat tempahan pukal baju seragam sekolah jenama kamdar.. huhu boleh bayang tak projek menjahit itu, boleh bayang tak rumah ysng kecil di Taman Nuri tapi sebagai kilang jahit baju sekolah..haha mesti boleh bayangkan 😅😁

Allahuakbar 

Begitulah cara aku melihat bahawa rezeki hanya datang dengan usaha gigih dan gila gila tak kenal penat apatah lagi putus asa

Asbab kerja kuat mama abah, aku sememangnya tak pernah merasa susah sejak kecil

Makan tak kurang, pakaian apatah lagi sentiasa cantik kerana mama jahit sendiri! 
😎🔥

Sejak kecil mama abah dah berkereta, tak pernah sekali aku merasa hujan panas bermotosikal ke mana mana

Bermotor hanya musim kering sejuk dan ke sekolah jaraknya pun lebih kurang 2km sahaja

Jika hujan panas pasti berkereta

Tambahan lagi, sejak mama  dan abah berpisah

Mama berkahwin pula dengan abah baru, yang lagi lagilah gila kerja 1000kali ganda... 
😅😅😆😆 (alhamdulillah abah baru aku tu bergelar jutawan, aku tumpang bangga)

aku tumpang jadi anak orang kaya kerana mama dan abah baru semakin rancak bekerja dan berniaga

Kereta Porsche, aku pernah rasa dek kerana menjadi anak mama dan abah baru (suami baru mama)

Kereta Brabus...wow sempat merasa juga ( ada lampu biru di bawah lantai meletops setiap kali pintu dibuka ) 😁😅

Alhamdulillah aku pernah tumpang merasa sebelum mama pejamkan mata

Sekarang..mama dah tak ada... abah baru masih ada isteri pertama dan isteri ketiga

hubungan kami masih baik dan terjaga

tapi ya lahhh..dah kurang lah peluang aku nak naik kereta mewah abah baru sebab kami dah tak duduk sama 😂😂


Aku hidup dengan suami dan anak anak sahaja

Fasa baru hidup aku sejak masuk ke alam rumahtangga, inilah yang telah menyedarkan aku bahawa rezeki sebenarnya sudah terjamin sekalipun jika tidak berusaha gila gila

Itulah yang aku lalui kini

Begitulah sejak aku berumahtangga, aku terdidik cara suami, cara baru dan cara yang dulu dulu aku tak biasa 

Santai dan bersahaja

Suami aku tidak gila kerja

Suami aku gila berhobi dan hanya mengisi masa dengan kesukaan kesukaan dirinya

Tidak bergelut pening kepala mahu cari kerja cari usaha

Apa dia buat, melayan diri dan menghabis masa menambah pengetahuan sendiri dan menambah minat yang dia suka

Dia menjaga hubungan dengan rakan rakan yang sekepala, dia memutuskan urusan dengan orang orang yang tidak sehaluan dan tidak sekepala

hidupnya dipastikan tenang dan tiada gangguan dari sesiapa yang dia tak senang cara mereka berusaha atau berurusniaga

terutama hal hal yang memeningkan dan menyemakkan kepala kerana cara tindakan yang tak sama dengan caranya

rupanya....

rezekinya tetap masuk dari hal hal yang dia sukai itu tanpa gila gila usaha dan keluar sini sana

Berawal dengan kemahiran elektrikal yang dia miliki sejak muda kerana mengikuti abahnya sebagai kontraktor, kemahiran elektrikal juga dia dapatkan di zaman sekolah vokasional sijil elektrikal, kemudian dia tambah  kemahiran bertukang tangan dan lagi kemahiran baru melalui YouTube iaitu membaiki enjin kereta motor

itulah yang dia santai gunakan hobi dan minatnya

tapi yang amat dia pastikan pelanggannya adalah orang orang yang dia senangi sahaja 
😁😅

dia tak peduli pada gaji dan upah

yang penting yang mendapat khidmatnya itu senang hati dan tidak banyak komplen dan memuji muji hasil kerja tangannya

sekali dia kena komplen

tamatlah urusan dengan dia

senang dan semudah itu 😂😂😂

dia degil dengan kemahuannya sahaja

aku belajar sesuatu

berbeza dengan cara mama dan abah ku dulu

bekerja memenuhi keperluan pelanggan untuk jaminan rezeki 

suami aku pula bekerja memenuhi keperluan hati dan masa sendiri, pun terjamin rezeki

akhirnya aku cuba akur

aku cuba cara suami 

sekadar melakukan sesuatu sesuai upaya dan kemampuan diri sahaja

bukan memenuhi segala gala yang pelanggan cari untuk memastikan ada rezeki

yang mana aku bersaksi penat lelah abah dan mama sehingga tergadai alam rumahtangga sendiri

ya mungkin kerana terlalu sibuk dengan perniagaan dan kerja kerja yang ingin dipenuhi dan mengabaikan kewajipan menjaga hati dan kesenangan sesama sendiri sebagai suami isteri

apa ingin aku sampaikan

usahlah kalian bimbangi perihal rezeki sehingga menggadai masa senang dan menggadai isi hati tak dipenuhi

teruskan berjalan cara yang kalian senangi dan seiring kehendak hati nurani yang suci murni

jangan terlalu memaksa diri

belajar dan terus belajar saban hari

fokus penjagaan diri dan emosi

hal rezeki sikit atau banyak itu sudah pasti !

perihal hati dan hubungan sesama insan sekeliling itulah yang lebih penting 

jangan menyendiri

kalau sakit, cari penawar

kalau lapar carilah makanan walaupun terpaksa meminta tiada salahnya

kerana itulah agama dah pesan, sedekah yang paling baik adalah memberi makan

jangan malu saat diuji sempit

ia hanya sementara

begitu pula jangan sombong bila di uji kaya raya

kerana itu juga sifatnya sementara

sama sama lah kita

untuk saling jenguk menjenguk

saling jaga menjaga

jangan terlalu sibuk bekerja mencari jaminan rezeki yang padahal sudah dalam jaminan Allah SWT

semoga kita saling mendoa dan saling terus ambil berat sesama

tidak mahu lagi terdengar berita sedih meninggal sendiri dan tak disedari sesiapa

Allahuakbar 
Allah Maha Besar

Semoga Allah SWT sentiasa menjadi hal terutama dalam hidup kita dan saling mengingati akan kebesaranNya

Gambar perkongsian Projek Biaya

Projek memenuhi keinginan hati dalam bidang pendidikan dan kemahiran diri

Semoga dipermudahkan dan dijamin rezekiNya saban hari

Sumbangan Rm1005 dari team Projek Biaya untuk Kerja Kerja Projek Biaya dan untuk yuran pelajar Maahad Tarbiah Islamiah Derang. Allahuakbar, terima kasih hamba hamba Allah yang menyumbang,menyampaikan dan mengamanahkan
 






Pengiktiar rezeki yang sudah bosan dengan pekerjaan, anda di jemput sertai kami sebagai team Projek Biaya 

Team yang bekerja untuk urusan agama dan kemajuan ummah dan sebaran dakwah santai menjemput rezeki melalui ibadah dan kebajikan buat ummah

hubungi 01128679886 - Team Projek Biaya









Dunia Yang Tak Pernah Mengenyangkan

Syukurku pada Mu Ya Allah Kau fahamkan kami tentang dunia ini sebelum kami memejamkan mata Kau pinjamkan kami KESEDARAN akan rasa rasa yang ...