Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Wednesday, 24 September 2025

Kenapa menulis = Kerana KEABADIAN

 Tiba tiba lalu di FB, satu post "MENULISLAH UNTUK KEABADIAN"


Wooooww.... Hatiku bertedak, jiwaku melodak

Menulislah untuk keabadian!

Yes.. aku setuju!

Setuju sangat!

Sebagai yang mencintai ilmu, kita sangat tahu, ilmu itu cabangnya cukup luas 

Tak terluah kata LUAS itu seperti apa

Cuma perkataan LUAS itu rasa tidak puas untuk memisalkan perihal ILMU yang luas itu

Asbab ILMU sahajalah hamba boleh jadi raja, wanita boleh jadi hina atau mulia, lelaki boleh jadi pemimpin atau pendurjana

Semuanya gara ILMU

Dan menulis ILMU ILMU

Ia akan kekal sebagai tatapan buat pencari ILMU

Meskipun si penulis sudah ke alam barzakh

Namun tulisannya akan abadi di alam dunia dan abadi di hati pembacanya

Apatah lagi jika penulisan itu lah telah membuka mata yang tertutup, hati yang buta menjadi celik oleh penulisannya..Maka besarlah pahala jariah si penulisnya dan abadilah kebaikan itu selama lama

Itulah juga

Alasan kuat.. kenapa aku menulis

Mengikut-ikut jejak mama ku jugak mungkin

Sejak kecil aku membesar menyaksikan contengan mama pada diari-diari

Ada diari hitam ada diari bergambar cantik

dan paling wow tulisan mama sangat cantik


Berbeza dengan aku, tulisan aku kurang cantik

Mungkin asbab sering menaip berbanding menulis dengan tangan, maka tulisan tangan aku biasa biasa saja


Melukis pun sama, lukisan aku buruk, lukisan mama cantik sangat


Terutama lukisan fesyen pakaian yang mama lukis. Mama seorang tukang jahit


Lagi satu, apa aku rasakan di kala menulis adalah rasa tenang, rasa damai, rasa sentosa tatkala menyusun kata kata untuk menaip

dan lagi satu

Tatkala aku membacanya semula selepas bertahun - tahun, Allahuakbar syahdu terasa mengulit peristiwa yang aku nukilkan dalam bentuk tulisan


Sungguh mendamaikan jiwa


Menulislah kalian


Menulislah jua


Tiada yang terlewat untuk anda memulakan penulisan kalian


Mulakanlah di blog atau di mana mana sahaja, kertas, diari buku nota atau di mana sahaja


Kembangkan kemahiran menulis ini satu satu, mulakan sekadar untuk menulis perkara harian, kenangan atau impian

Semoga usaha kecil kita hari ini besar maknanya di suatu masa

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah



kepada yang mencari platform menulis yang sesuai di era ini

Jom jemput bersama kita menulis di platform Nas.Io

https://nas.io/referral?code=FORMULA_MAGIS_CINTA_KYA

Klik di sini dan jadilah penulis yang ABADI

Wednesday, 17 September 2025

Selamat Hari Lahir Mama - 17 September 1961 - 17 September 2025

Harini genap kelahiran mama yang ke 64 

53 tahun mama di alam dunia.. iaitu di Taiping, kemudian ke  Kampung Lanai dan seterusnya ke Alor Setar tempat menetap dan meninggal mama di Alor Setar 

11 tahun pula mama sedang berada kini di alam barzakh, tapak kuburan mama di Tapak Perkuburan Islam Masjid Al Bukhari 

Tak terasa masa berlalu sangat cepat

Akhir pertemuan kita masih jelas terakam di minda yong

Subuh itu, seperti biasa mama bangun awal untuk bersiap diri menantikan van pengangkutan untuk membawa mama ke Pusat Dialisis  swasta di Alor Setar

Agak berbeza pagi itu, yong lebih awal menyiapkan kopi o dan kupas buat betik untuk bekalan mama ke pusat dialisis

Biasanya mama akan bagi arahan dulu, tapi hari itu, yong yang siapkan sebelum sempat mama arahkan

Bila yong kenangkan, seolah olahnya, "yong dah kena pandai pandai urus kehidupan , bukan sekadar segalanya berpandukan arahan mama" 😢


Selepas selesai urusan mama bersiap diri dan membawa bekalan makanan mama, van pun sampai menjemput mama, yong pula bersiap untuk ke tempat kerja

Lebih kurang jam 12.15 tengahari , saat  saat yang tak pernah terduga akan terjadi Pusat Dialisis menelefon " dik, boleh mai ke pusat dialisis tak, mama adik jantung terhenti "


Yong terkejut " jantung terhenti?" apa maksud jantung terhenti.. yong tak faham


Yong bergerak ke sana dengan segera, Abah Fauzi dan adik ada di sana

Agak petang, Abah Fauzi bertanya pada yong, nak bawa balik mama ke rumah tak, doktor cadangkan boleh bawa balik mama ke rumah 


Yong terkejut, dan spontan yong agak menjerit, "tak payah bawa balik!"

Kenapa nak kena bawa balik ? Nak bagi mama mati di rumah kah ?


Itu tanggapan yong spontan dan dengan keputusan itu, keesokkan subuhnya, betul lah mama menghembus nafas terakhir di hospital swasta itu


Apa yang berlaku, yang berlaku ialah sewaktu proses cuci darah itu, rupanya titisan darah mama tidak masuk ke dalam tubuh tapi paip bocor dan tumpah ke lantai


Adik ada di sebelah menemani mama, tapi mesin di sebelah dinding tidak terlihat oleh mata adik, adik pun tak perasan darah mama menitik di lantai, dan para jururawat pun saat melawat ke tempat mama, darah sudah memenuhi lantai


Mama sempat terjaga, saat jururawat memanggil mama, adik terkejut dan berdiri bangun dari sisi mama sebelah lagi ( bukan sisi mesin dan dinding) dan adik terkejut barulah ternampak darah mama di lantai


Saat itu adik bercerita, mama (sedang tidur) dikejutkan jururawat dan mama sempat bangun dan berkata kepada adik mama pening dan mama mintak plastik kerana nak muntah

Adik sempat hulurkan plastik untuk mama muntah dan selepas muntah adik sempat mendengar mama mengadu pening, pening dan mama mengeluh Allah.. Allah.. dan mama pejamkan mata 

Mama di bawa untuk scan otak

Malam itu semua menemani mama, semua sanak saudara dihubungi memaklumkan keadaan mama

Yong dan adik, Abah Fauzi pesan suruh minta halal dari mama setiap titik susu mama

Malam itu sepanjang malam semua saling bergiliri menemani mama

Badan mama suam suam panas, mata mama diletakkan kapas

Semakin menghampiri subuh, badan mama berpeluh, yong singkap kapas di mata mama kelopak mata mama dibasahi peluh, dahi mama juga berpeluh


Tak berselang lama, mesin hayat mama di cadangkan untuk dihentikan 


Semua mata saling memandang


Seolah masih segar ingatan tentang mama masih hidup


Adakah ini bermakna mama telah meninggal dunia bilama di sarankan mesin hayat di cabut


Ya...... rupanya masa mama sudah tamat


Antara redha dan tidak

Antara realiti dan fantasi


Semuanya terasa sepi seolah dunia turut terhenti 




Kenangan satu satunya gambar sambutan hari lahir mama di ambil gambar ini di Pekan Rabu Alor Setar


Kenangan terindah dan terbahagia mama dan yong, mama cantik di andam, mama bab kecantikan memang tip top, sekalipun di kerusi wheel chair kerana potong kaki paras paha,namun sikat rambut minyak wangi pasti terselit di poket kerusi roda mama. Mama akan sentiasa pastikan diri rapi dan wangi.. Sedihnya yong tak rajin macam mama !! Uwaaaaa.....


Alhamdulillah..cucu sulung mama Asilah Awliya, sempatlah mama bermanja berkasih bersama cucu sulung mama... Soalan pertama mama bila kakak lahir ialah " Putih ka hitam yong?"  😁😁😅 



Alhamdulillah.. mama dengan berkerusi roda sempat meraikan majlis konvokesyen yong di KUSZA, Terengganu..2008 bersemangat mama jahitkan baju kurung yong untuk ke konvo walaupun mama dah tak ada kaki kanan itu!! Allahukabar.. mama tak pernah patah semangat sekalipun sudah  di putuskan kakinya! (gangrene asbab diabetes)


Damailah mamaku yang tercinta.... menjadi anak solehah yang mendoakan mama, itulah satunya bukti cinta yong pada mama..semoga Allah menerima segala amalan kebaikan buat kebahagiaan mama di sana.... segala yang mama berikan tak akan yong sia siakan iaitu yang terutama ilmu dan pesanan kehidupan dari mama....





Dunia Yang Tak Pernah Mengenyangkan

Syukurku pada Mu Ya Allah Kau fahamkan kami tentang dunia ini sebelum kami memejamkan mata Kau pinjamkan kami KESEDARAN akan rasa rasa yang ...