Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Sunday, 27 July 2025

Part 2 - Ghairah Yang Tidak Perlu

Susah aku nak yakinkan diri aku (bahawa sedang gagal), saat aku menjayakan sepenuhnya projek "CEPAT KAYA" yang aku sertai yang melibatkan RM50k itu

Duit RM50k itu bukanlah dari duit simpanan, itu adalah duit pinjaman dari bank yang aku gunakan slip gaji kerajaan aku untuk dapatkan sejumlah wang itu dan dibenamkan ke projek "CEPAT KAYA" itu

Pada waktu itu, pada aku ITU USAHA! Bukanlah istilah GHAIRAH YANG TIDAK PERLU seperti aku faham sekarang


Pada waktu itu, aku tak fikirkan apa apa tentang risiko dan tentang apa apa yang akan membuatkan aku ketawakan diri sendiri pada masa depan seperti ini ( ya..aku ketawa saja, tidak menyesal kerana pada aku itulah namanya pengalaman dan sekolah hidup yang nak memberikan aku pelajaran berguna)


Pada saat itu memang aku berghairah betul akan berjaya dengan projek "CEPAT KAYA" tersebut


Langsung tiada secalit rasa akan gagal


Apatah lagi rasa akan hilang wang


Yang ada hanyalah ghairah yang membara bahawa aku akan KAYA MACAM MAMA! dan MAMA AKAN BANGGA DENGAN AKU!


Itulah perasaan yang ada..


Modus operandi "PROJEK KAYA" adalah dengan menayangkan kemewahan kereta mewah dan berhenti kerja kerajaan kerana sudah "BERJAYA KAYA" dengan projek tersebut


Peserta baru yang berminat dengan tontonan kereta mewah dan lifestyle melepak di warung sambil sambil sembang business, maka merekalah yang akan dipandu untuk membuat pinjaman mengikut pakej syarikat multilevel tersebut


Dan bila dah jadi member dengan loan, maka proses itu berulang dengan mengajak kawan baru yang belum ahli untuk datang lepak - lepak sambil saksikan deretan kereta mewah di warung-warung lepak itu

Aku sempat mengheret seorang 2 orang rakan baru, sempatlah aku dapat pulangan wang dalam RM13k


Selebihnya aku dah gagal mendapatkan orang baru dan aku pun sudah tidak lagi semeja dan buat kerja kerja "PROJEK KAYA" tersebut

Kenangan ini berlaku di Putrajaya tempat berkumpulnya orang orang kerajaan muda mudi baru masuk kerja dan slip gaji sangatlah mudah untuk dibuat loan dengannya


Entahlah apa cerita sekarang di Putrajaya, apakah masih ada atau tidak atau mungkin "PROJEK KAYA" ini sudah ubah strategi pemasarannya


Apa yang aku belajar asbab dari kejadian lalu ini bahawa :


1. AKU BELUM MATANG TENTANG WANG 

2. AKU TIADA ILMU PERNIAGAAN YANG SEBENAR

3. AKU MUDAH TERIKUT TANPA GUNAKAN AKAL SENDIRI DENGAN MENDALAM

4. AKU TIDAK BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA

5. AKU TAMAK

6. AKU TERLALU GHAIRAH HINGGA LUPA DIRI

7. AKU BELUM CUKUP LICIK DENGAN PERMAINAN DUNIA


Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...


Sekarang segalanya telah berubah, aku SEDAR!!

Aku sedar bahawa SEDAR itulah yang paling mahal


Bukan lagi WANG atau CEPAT KAYA


Aku memohon ampun kepada Allah Swt, semoga dijauhkan ujian kejahilan ini dari aku dan seluruh anak cucuku dan juga kepada semua muslimin muslimat


Aku bersyukur dengan peluang nafas ini untuk aku perbaiki diri aku....


Semoga sesiapa sahaja yang membaca posting ini mendapat kebaikan dan kebijaksaan dalam pengurusan kewangan


Okey guyysss...


Sekian lah saja topik "GHAIRAH YANG TIDAK PERLU"


kepada para pembaca blog Kak Yong, terima kasih dan sudi sudikanlah singgah lagi yer, semoga jalinan persahabatan ini mendapatkan kebaikan dan rahmatNya

Sebelum berakhir, Kak Yong nak promote sikit video rakaman " SIRI CELIK WANG - URUS WANG GAYA PAKAR" yang di jayakan oleh Kak Yong dan Team RWB Elite Lady Training Centre


Kepada yang nak lihat dan dengar pembentangan Kak Yong tentang tajuk ini, silakan daftar sini yer.. semoga ada kebaikan buat kalian darinya


KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN RAKAMAN BENGKEL - https://nas.io/formula-magis-cinta/digital-files/qick


Kepada rakan sahabat yang belum tahu apa itu NAS.IO Platform


Ia adalah sebuah platform khas kepada Community Creator dan kenapa Kak Yong memilih NAS.IO kerana Kak Yong sangat meminati inspirasi yang dibawa Nas dalam mendidik masyarakat melalui perkongsian video ilmiahnya


Ayuh, sama sama kita membina diri menjadi penyampai kebaikan dan bermanfaat kepada seluruh ummat


Kalau aku kayaaaa....bil bil jiran tetangga,  aku bayar semuanya...kalau aku kaya...... 😂😂😂- Awi Rafael 

Berprogram dengan geng geng "CEPAT KAYA" 😆


Thursday, 24 July 2025

Penatnya sebelum kenal diri sendiri !

Subhanallah

Alhamdulillah

Allahuakabar


Tak sikit cabaran menjadi orang dewasa

Dulu dulu zaman kanak-kanak,zaman remaja hora hore tak terkira


Tiba tiba jadi orang dewasa, aduhai penatnya!

Bukan main, dulu dulu zaman remaja berangan seronoknya jadi orang dewasa


Tapi bila cecah alam dewasa, baru tahu perit rupanya dunia ini


Allahuakbar!


Apapun, aku syukuri sangat akan satu hal ini, iaitu ilmu mengenal diri !


Aku syukur sangat dengan satu pertemuan secara alam maya bersama Kak Kay, Kak Kay seorang aktivitis dan usahawan karakter diri


Aku bersyukur berjumpa dengan ilmu KKDI yang dipelopori Kak Kay


Aku berkarakter WWP, suami aku berkarakter EAGLE


Patutlah aku sangat sangat stress dengan suami, suami pun rupanya sangat stress dengan aku


Sebabnya inilah! Kami berbeza watak dan pemikiran 


huhuhuhu....


Alhamdulillah....dengan ilmu yang dijelaskan dan boleh dibaca mudah secara percuma dan juga berbayar, aku mencuri ilmu ilmu Kak Kay secara percuma dan juga secara berbayar untuk dipraktiskan dalam hidup aku


Alhamdulillah..hidup aku bersama pasangan semakin terasa seronok dan bahagia bila sudah saling memahami sedikit sebanyak sekalipun penuh perbezaan antara kami


okeylah....tak perlulah aku nak cerita panjang


korang cari tahu lah sendiri ya...  ini link percuma dari Kak Kay untuk ujian personaliti KKDI


Rajin rajin lah mengkaji diri, insyallah kita akan semakin bahagia dengan diri


SEMAKIN MENGHARGAI DIRI SENDIRI DAN INSAN SEKELILING!!


https://thephotolicious.onpay.my/order/form/upk


Alhamdulillah, bertemu lutut dengan tok guru, mohon restu dengan ilmunya... terima kasih Kak Kay! #kkdi #kamaliakamal #kakkay

JIKA  ADA YANG BARU NAK BERKAHWIN..? (jangan lupa ebook wajib ini)

1. EBOOK SENI BERCINTA DI RANJANG HALAL [HALAL SEX GUIDE]

https://thephotolicious.onpay.my/order/form/halalsex/961


Tuesday, 15 July 2025

ZIKIR LENGKAP PAGI - AL MATSURAT (bacaan ringkas)



Subhanallah

Alhamdulillah

Allahuakbar


Penat sehari harian dengan rutin dan kerja yang tak habis-habis ?

Kadang-kadang rasa tak berbaloi dengan kerja yang dibuat nak dibandingkan hasilnya ?


Jika ya, hurmmm...begitulah...


Inilah perasaan kita


Saat kita TIDAK melakukan sesuatu yang paling utama..iaitu DOA dan MUNAJAT padaNya

Inilah yang akan kita rasa... iaitu

Kita akan penat dan terasa sungguh sia sia hidup jika sekadar hidup dengan rutin dan kerja harian kita

Namun berbeza bilamana kita selitkan hal yang paling utama iaitu DOA dan MUNAJAT

Perasaan terasa sungguh berbeza hari hari kita!


Inilah yang aku nak ceritakan tentang Al Matsurat


Aku dapatkan  wirid ini pada masa aku cuti sem di KUSZA dulu, tiba-tiba seorang rakan baik aku mengajak


"Yuni..jom kita p cuti sem di Pondok Pasir Tumboh..tak payahlah balik rumah, kita habiskan ja cuti kita di pondok, sepupu Kak Lawi ada sana, jom nak dak"


Ajakkan Kak Lawi / Alawiyah pada aku, aku diam terkesima dan menjawab "... boleh jugak... "


Sejujurnya ajakkan itu ibarat orang mengantuk di sorongkan bantal..aku terasa sangat haru dan pilu, terasa seolah olah Kak Lawi sebagai utusan Allah khusus untuk aku dapatkan sesuatu yang bernilai yang sedang aku cari -cari saat itu.. aku sangat dahaga di kala itu. DAHAGAKAN ILMU !

Alhamdulillah aku bersamanya kami sama-sama merasai suasana pengajian pondok di sana, sangat banyak kenangan indah dan manis di sana, masyallah rindunya..nantilah ada masa nak kongsikan di sini supaya kekal memori itu sampai bila-bila....


Tak tahu apa apa, tentang apa akan aku dapat di pondok, tapi pondok tak lah terlalu asing pada aku kerana arwah Tok Bedah (tok aku sebelah mama) pun duduk di pondok mengisi masa tua


Rupa-rupanya di sini lah aku diperkenalkan amalan bacaan wirid Al Matsurat, ramai-ramai bersama rakan rakan pengajian pondok kami baca sama-sama, selepas subuh dan selepas isya....


Alhamdulillah..seronok bila bersama-sama, bila dah sendirian ni, hurmmm.....


Datanglah si tanduk dua menepek! Kadang rajin baca.. selalunya malas dan tak baca !! 


Aduhaii...lemahh 


Apapun, perjuangan ini pasti akan diteruskan, dari tak tahu apa itu Al Matsurat sampai lah ke faham al kisah wujudnya Al Matsurat ini ( nanti rajin aku kisahkan awal bermula wirid Al Matsurat ini, kalau nak tau segera search GEMINI ajerlah awak yer..hehe)


Apapun, moh lah kita, sama sama berjuang mengamalkan secara harian, semoga setiap hari kita terasa penuh terisi dan tidak lagi terasa sia-sia melakukan aktiviti harian jika tanpa doa dan munajat 


1 . Dimulakan dengan taawuz ( credit - https://images.app.goo.gl/7b16n87Nc5XDzepB7)


2. Al- Fatihah


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

3. Al Baqarah  Ayat 1-5



Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


4. Ayatul Kursi - Al Baqarah Ayat 225


Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

5. Al Baqarah Ayat 256
Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
6. Al Baqarah Ayat 257


Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

7. Al Baqarah Ayat 284


Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



8. Al Baqarah Ayat 285


Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”

9. Al Baqarah Ayat 286



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

10. Surah Al Ikhlas


Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


11. Surah Al Falaq



Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”. 

12. Surah An Nas



Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. “Yang Menguasai sekalian manusia, “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, – “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.


13. Seterusnya sambung wirid Al Matsurat - Doa Pujian kepada Allah swt


Sesungguhnya kami terjaga di pagi hari (di petang hari) dengan (kesedaran bahawa) Kerajaan (bumi dan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagi-Nya tiada Tuhan selain Dia dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan. (3x)


14. Doa  Teguh Pendirian dengan Islam


Kami terjaga di pagi hari (petang hari) dalam fitrah Islam, dan kalimah ikhlas dan dalam agama nabi kami, Muhammad SAW, dan dalam millah (ajaran) bapa kami Ibrahim yang hanif (lurus) sedang dia bukan orang musyrik.



15. Doa mensyukuri nikmat
Ya Allah, aku terjaga pada pagi dan petang dalam nikmat Mu, afiat (keselamatan dari mara bencana), dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa) ku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu di atasku, di dunia dan akhirat. (3x)

16. Doa pengakuan segala nikmat

Ya Allah, tidaklah aku pada waktu pagi dan petang dengan nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhluk-Mu adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur.


17. Pujian kepada Allah swt

Ya Allah, bagi-Mu segala puji seagung kemuliaan wajah- Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu.


18. Bacaan ikrar

Aku telah redha dengan Allah sebagai Tuhanku, dan dengan Islam sebagai agamaku dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku. (3x)

19.Bacaan tasbih



Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya sebanyak bilangan kejadian-Nya dan keredhaan-Nya, dan seberat timbangan ‘Arasy-Nya dan sebanyak dakwat (yang terpakai untuk menuliskan) kalimah-Nya. (3x)



20. Bacaan meninggikan Asma Allah

Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan Ia Maha Mendengar dan Mengetahui. (3x)

21. Doa terhindar syrik

Ya Allah, kami berlindung pada–Mu dari menyekutukan- Mu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun dari (menyekutukan-Mu) dengan sesuatu yang tidak kami ketahui. (3x)


22. Doa berlindung kejahatan makhluk

Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan. (3x)


23. Doa bebas dari belenggu hutang

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa gelisah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan manusia.


24. Doa kesihatan yang baik



Ya Allah, sihatkanlah badanku, Ya Allah, sihatkanlah pendengaranku, Ya Allah, sihatkanlah penglihatanku.



25. Doa hindari kemiskinan 



Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari kekafiran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada- Mu dari azab kubur; tidak ada Tuhan selain Engkau. (3x) (Ibnu Sunni, H. Sahih)


26. Doa memohon keampunan


Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku abdi- Mu, dan aku berada dalam perjanjian dengan-Mu, ikrar kepada-Mu, (yang akan aku laksanakan dengan) segala kemampuanku; dan aku berlindung pada-Mu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmat-Mu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau.


27. Istighfar



Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga; dan aku bertaubat pada-Mu. (Ulang 3 kali)

28. Pujian dan mohon taubat


Maha Suci Engkau, Ya Allah dan segala pujian bagi- Mu; aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, aku mohon ampun dan bertaubat pada-Mu.

29. Selawat ke atas Nabi Muhammad saw


Ya Allah restui dan berkatkanlah junjungan kami Muhammad sebagai hamba, nabi dan rasul-Mu yang ummi. Berkatkan keluarga dan sahabat Baginda. Sejahterakanlah Baginda selama-lamanya. Sejahterakanlah Baginda selama-lamanya sebanyak-banyak bilangan dalam ilmu dan sebanyak-banyak perkara yang ditulis oleh Qalam-Mu dan sebanyak-banyak yang dirangkum oleh kitab-Mu.


30. Selawat ke sahabat baginda 


Terimalah dan relakanlah pemimpin terutama kami; Sayyidina Abu Bakar, Omar, Othman, Ali dan para sahabat Baginda semuanya, para tabi’in, dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka sampai hari pembalasan. Terimalah (kepulangan) mereka dengan sebaik-baiknya. Maha Suci Tuhan (Mu) yang memiliki kebesaran dan kemuliaan dari sifat tercela. Salam sejahtera untuk para Rasul utusan, dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.



Doa selepas bacaan Al Matsurat


Ya Allah kurniakanlah kami lisan (lidah) yang lembut membasahi mengingati dan menyebut (nama-Mu), hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat-Mu), serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah-Mu). Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap, dinn (cara hidup) yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka.

Kami mohon kepada-Mu Ya Allah kecukupan yang tidak perlu kami terpaksa meminta kepada orang lain. Berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak menyekutukan-Mu.

Berikanlah rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun hanya dalam sekelip mata atau lebih pendek dari masa itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan permintaan.

Selawat (berkat dan rahmat) dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda amnya.

Untuk bacaan penuh beserta makna boleh ke blog asal... https://akuislam.com/panduan/al-mathurat-pagi-sughra-ringkas-rumi/

JANGAN SEMATA BACA TAU KAWAN KAWAN....

KENA HAYATI BAIT BAIK MAKNANYA SEKALI.... OKEYYYY BEBEHHHH..

LUV YOU ALL..... ❤❤❤

untuk yang baru pertama kali mendengar wirid Al Matsurat, ada baiknya anda membaca bersama rakan rakan atau di mana mana tempat yang membacanya secara beramai-ramai, untuk mendatangkan rasa tidak bosan dan untuk mendatangkan rasa khusyuk... kalau mula mula seorang diri, takut takut gagal menghabiskan sampai habis....pasti banyak gangguan dan halangan nak menghabiskan wirid...

Semoga tips ini membantu anda yang baru nak berjinak-jinak mengamalkan wirid Al Matsurat

Kepada yang sudah terbiasa, alhamdulillah tahniah, anda pasti sudah merasa lazatnya..hanya tinggal istiqomah seharian

Amin..moga moga di beri kemudahan olehNya untuk beramal dan istiqomah...

Sunday, 13 July 2025

Ghairah yang tidak perlu

 Aku dapatkan ilmu ini, yakni tentang "Ghairah yang tidak perlu" pada usia lebih kurang 25 tahun.. iaitu lebih kurang 14 tahun lalu...


Sewaktu ini, ghairahku untuk menjadi kaya raya amat membuak-buak, ia bukan terhasil semalaman, ia terhasil sejak kecil

Aku membesar  dalam keluargaku, mama, abah dan adik, dalam keadaan tidak pernah merasa susah, apatah merasa miskin..tidak sama sekali !

Aku sejak kecil membesar dalam keluarga yang bersusah payah kerah keringat untuk menjadi kaya, mama seorang tukang jahit, menjahit pakaian tempahan siang dan malam tanpa cuti tanpa rehat , mengumpulkan banyak wang, abah pula bekerja kerajaan setiap hari kerja tidak culas dan sentiasa aktif disamping bekerja juga abah sangat aktif berniaga sambilan kerana minat abah dalam aktiviti aktiviti jualan langsung

Dan hasilnya, alhamdulillah kami senang.... jadi asbab itu, aku tidak pernah tahu ada istilah kesusahan hidup atau miskin

Yang hanya aku tahu, susah payahlah kerja dan kaya raya lah yang akan didapatkan.....

Hasil pembentukkan ini lah, menjadikan aku terjebak untuk mengambil sikap bersusah payah diri bekerja berniaga dan berusaha apa sahaja untuk menjadi kaya raya sejak aku belia remaja sehinggalah aku masuk ke alam kerja kerajaan untuk meneruskan misi visi bekerja dan berniaga untuk kaya raya

Membuak ghairahku untuk menjadi kaya raya dengan jalan  berusaha susah payah mengerjakan pekerjaan dan perniagaan apa apa sahaja....

Namun....

Ilmu aku belum cukup, aku tersalah faham "susah payah kerja perlu kepada titik peluh dan usaha dengan ilmu yang benar"


Aku terjebak nak cepat kaya dengan sistem pelaburan RM50K !


Pulangan yang sempat aku dapatkan balik lebih kurang RM13K


yang hangus... RM37K !


Panjang kisahnya kalau nak dicoretkan, sakit hati dan malu sendiri pun ada kalau nak diceritakan kembali


Cukuplah aku ringkaskan pengamatan aku dari apa yang aku lalui ini dalam point yang ringkas


PELAJARAN HIDUP 


1. Terburu-buru akan membawa kekesalan

2. Bercita-cita boleh, tapi sesuaikan dengan perlaksanaan dan strategi bukan angan-angan dan ikut-ikutan kawan

3. Fikir dalam dalam dan ambil masa  sebelum membuat keputusan yang melibatkan kos besar, masa dan tenaga

4. Sewaktu ghairah bergelora di dada, keinginan kepada sesuatu menjadi kuat maka akan membuatkan diri membuat keputusan mengikut emosi bukan kewarasan dan pertimbangan sewajarnya

5. Berkawan dengan matlamat ilmu, bukan bermatlamat tujuan mendapatkan sesuatu yang kita mahu


Semoga pelajaran ini  cukup mengajar aku untuk tenang dan tidak sewenang-wenang

Cukuplah kehidupanku sewenang-wenang mengikut hati dan keinginan tanpa ilmu 

#pengalamanku #jahilsebelumberilmu 


sempat aku heret sekali en suami ke program "aku kaya segera" rupanya kayap jadinya 
                                                                                      😅 









KELAS PENGUCAPAN AWAM ALOR SETAR JULAI 2025


 KELAS PENGUCAPAN AWAM BAHASA MELAYU


Semoga segala urusan dipermudahkanNya


#kelaspengucapanawamalorsetar

Monday, 7 July 2025

Travelog Berkursus di IKWAS, Kluang Johor

MasyaAllah 

Tabarakallah


Pejam celik dah berbulan tak isi content di blog....rasa bersalah pun ada pada diri, buat blog ni sepatutnya mengisi hari hari dengan tinta perkongsian,  tapi banyak sungguh halangan perasaan dan minda untuk menulis....


hurm...jom..jom...semangat semangat!!


Perjalanan ke Kluang, pertama kali dan mungkin seumur hidup sekali ini sahaja. Maka ajomlah kita jadikan kenangan ini kekal di minda dan blog ini

Kadang-kadang jika tak menulis, ingatan tu akan hilang, tapi kalau menulis, insyaAllah boleh ditatap dan akan menjadi bahan bacaan indah dan senyum sendiri suatu hari nanti...

Permulaannya, seperti biasa permohonan di DTIMS (aplikasi permohonan kursus bagi penjawat awam), aku mula isi pada awal tahun 2025

Dan pertengahan tahun, alhamdulillah dapat tawaran kursus ini. Aku pun apa lagi, terus cetak dan dapatkan kebenaraan pegawai aku Tuan Farhan dan En. Fauzi, rakan sejawatan aku, Nurul pun aku maklumkan dan syukurlah semuanya okey okey saja dan tidak menghalang maka dapatlah aku peluang nak berkursus di Kluang.. yabedabeduuuu!!

Nama penuh tempat kursus ni ialah Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Selatan (IKWAS)

Lokasinya di Jalan Batu Pahat, Kluang Johor

Menariknya aku boleh pergi dengan kereta jabatan! Yeayyy

Sejujurnya pengalaman hidup aku, 5 jabatan kerajaan yang aku berkhidmat, di sini satu satunya peluang aku dapat naik kereta jabatan ke tempat kursus.. hehehe

Kalau di jabatan lain kereta terhad dan jawatan aku pun bukan bos-bos so tiada lah peruntukkan untuk aku 

Tapi disini, aku cuba mohon kereta jabatan dan yeayyy aku dapat gunakan!! (huhu, inilah salah satunya keseronokkan kerja kerajaan yang aku dapat nikmati..alhamdulillah syukur nikmat dipinjamkan) 

dah lah boleh naik kereta jabatan, kereta datang depan rumah pulak weyh..dah tak pasal pasal aku fefiling jadi bos weyhh!! (aku teruja) hehe

Lebih kurang jam 9.30 kami bertolak dari Alor Setar, aku dan seorang pegawai yang akan stop di KL beserta seorang pilot (pemandu) membawa kami 

Dalam kereta macam biasalah, greet sekejap masing-masing bercerita tujuan ke mana, lepas tu aku terus off kan otak dan mata aku menikmati perjalanan dengan bunyian radio dan sesekali aku buka mata melihat ke jalan, kebanyakkannya aku tutup mata rehatkan otak dan layan tidur !

Sampai di RNR pertama aku tak turun pun, aku biarkan ja pegawai dan pilot memadu asap dan berehat sekejap, entah apa namanya RNR tu aku tak tengok pun


sambung perjalanan RNR kedua aku turun kali ni, macam biasa aku ke tandas kemudian berjalan jalan sekejap ke kedai kedai menjamu mata, aku singgah beli mineral water dan roti.. sambil sambil aku makan dan santai sebelum masuk semula ke kereta

perjalanan diteruskan, alhamdulillah lancar dan tiada masalah, sampai di KL drop Tuan Inspektor, kami apa nama hotel tu lupa dah aku

Sambung perjalanan, alhamdulillah jam 4 petang tak silap aku kami sampai di asrama IKWAS

Aku masuk check in, panjat naik tangga ke tingkat 1 asrama merbuk..alhamdulillah rehatkan badan, esok sambung masuk kelas ....


Aku masuk check in, panjat naik tangga ke tingkat 1 asrama merbuk..alhamdulillah rehatkan badan, esok sambung masuk kelas ....




yeayy..sampai dah....


                                                                                                            
                                                                peta ikwas


                                                              fefiling studentt...



                               resit bayaran kursus..RM30 jer guyss.. stay kursus sampai 3 hari



dalam kelas...syhhhh....




Saat dinanti nantikann.....


Apa yang menarik bagi aku setiap kali keluar berkursus?

TAK LAIN TAK BUKAN ADALAH PENGALAMAN BARU!!

Yes..... aku sangat sukakan pengalaman baru, aku sangat teruja dengan hal hal baru, dari sekecil kecil hal yang baru sehinggalah ke hal hal seperti udara, awan, langit, bulan, bintang, cakerawala....

SEMUANYA AKU HAYATI!!

aku rasa baru, aku rasa segar, aku rasa bernyawa apabila menjalani hal hal yang baru

Semuanya terasa seperti satu suntikan semangat menjalani hari hari aku

Aku lupa sekejap pada beban, amanah, tanggungjawab, kerja, rutin dan sebagainya yang aku jalani saban saat 

Kerana itulah berkursus hal wajib aku lakukan, setiap tahun pasti aku curi peluang berkursus di luar seperti ini....

Semoga tahun tahun lain perjalananku semakin jauh..umur semakin meningkat, aku harap aku ada banyak lagi masa merantau dan mengembara

Doakan aku ya...SEMOGA DOA YANG BAIK BAIK kembali kepada kalian juga....

Jumpa lagi di "celoteh mak mak"  lain kali....








Part 2 - Ghairah Yang Tidak Perlu

Susah aku nak yakinkan diri aku (bahawa sedang gagal), saat aku menjayakan sepenuhnya projek "CEPAT KAYA" yang aku sertai yang mel...