Satu langkah dimulai dari nasihat arwah abah kandungku HJ ALIAS BIN HJ BAHAROM
Kata abah... " Yong perempuan, sebaiknya kerjalah kerajaan"
Sewaktu itu aku sudah pun menjalankan perniagaan sendiri sebagai penjual insurans kereta motor setelah aku tamat Diploma In Insurance di Kuala Terangganu, KUSZA/UNISZA
Menjadi seorang usahawan sebagai peniaga adalah cita-cita arwah mama HJH ROHANA BINTI MAN untukku
Manakala menjadi orang kerajaan adalah cita-cita abah untukku
Begitulah... mama seorang usahawan kemahiran jahitan, abah pula seorang pemandu bas di jabatan kerajaan
Aku berbelah bahagi..
Mana satu aku nak dahulukan..mama atau abah....?
Dalam masa sama, pada fikiran aku, aku sudah tunaikan hasrat mama menjadi usahawan penjual insurans, mama dah tengok kejayaan aku menjual insurans kereta motor tersebut kerana jualan harian biasanya RM100 - RM1000 mampu didapatkan dalam sehari di pejabat operasi ku itu (untung bersih jualan insurans general adalah 10 % dari jualan)
Jadi pada aku, cita cita mama telah aku tunaikan (mama nak aku berjaya kaya dalam bidang perniagaan insurans atau apa apa, kerana mama telah merasa kejayaan dan kekayaan perniagaan jahitan dan lain-lain yang mama usahakan)
So?
Apa salahnya aku cuba cuba pula tunaikan impian abah
Maka bermulalah episod aku memohon SPA8 pada tahun 2007
Dan tahun keramat 2009 aku mendapat panggilan temuduga
Waktu itu, aku menerima temuduga jawatan PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN dan satu lagi PEMBANTU TADBIR KEWANGAN
Aku hadiri kedua duanya temuduga itu
Dan.....ALHAMDULILLAH rezeki aku di jabatan kerajaan dengan jawatan PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
Pertama kali terima, aku sendiri belum pasti apa tugasnya, sehinggalah panggilan ke kursus asas selama 2 minggu di INTURA barulah semakin jelas tentang tugas dan peranan aku
Aku bersyukur, terasa mengena dan sesuai dengan diri aku yang sememangnya ceria dan ramah tamah ini!
Posting pertama aku adalah di KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA, PUTRAJAYA..
Satu kenangan yang tak mungkin aku lupa... Menaiki bas NADI PUTRA untuk ke tempat kerja, berjalan kaki dari hentian bas ke dalam kawasan pejabat dan yang pasti rakan-rakan baru di tempat baru suasana baru dan pengalaman baru
AKU SUKA!!!
SUKA PADA PERKARA PERKARA BARU DALAM HIDUP...
bersambung......
layan lah dulu ehhh pic pic aku ni yer kawan-kawan...
banyak lagi kalau nak ditaip ni....nanti eh aku sambung lagi....
 |
Kriteria paling utama sebagai kakak kaunter " Senyuman 24 jam" BOLEH? LULUS..... |
 |
Seribu permasalahan kalian datangilah kan ku selesaikan buat mu...haa gituu..auchhh "BOLEH SAYA BANTU" |
 |
Tenang-tenangkan diri sebelum diserbu pelanggan..senyum on point okey! |
 |
Diraikan pada apa apa majlis adalah hal paling istimewa apabila berada di jabatan kerajaan. Terima kasih atas segalanya kepada semua bos-bos, rakan taulan, karib dan jauh yang sepanjang jalan di sisiku sebagai penjawat awam |
 |
Semakin tenang mendepani permasalahan yang mendatangi..... |
 |
Acah acah nak menawan para pelanggan..... tertawan ke tidak? |
 |
Suasana pejabat yang sentiasa ceria, bersih dan kemas......satu kebahagiaan sebagai penjawat awam |
 |
Acah acah itu perlu guysss.... (fefiling gojes) |
 |
Termenung....memikirkan bahagia adakala sedang derita perlulah pura pura bahagia di hadapan para pelanggan yang ku sentiasa sambut dengan ceria... huhuhuhu |
 |
Garang juga kakak kaunter sekali sekala... |
 |
Kekal di posisi.....menunggu hari gaji...kikikikik |
 |
HADIRRR!! |
 |
Aidilfitri sentiasa di nanti....Ramadhan sentiasa dirindui...
|
 |
Kaunter Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara - Kaunter terpaling happening sepanjang 5 jabatan kakak bekerja..LOVE THE JOURNEY...
|
#pengalamankerjakerajaan #pencen #kerjakerajaan #kakyongayuni
|